24 Jun 2011

KERAS HATI adalah Sejenis Penyakit

Sekadar berkongsi...

Hati yang KERAS, RAGU & ZALIM..!!! Erghh..

Penyakit ini adalah perkara & sifat lazim yang ada pada kita bernama manusia..
Pada pengamatan aku, hati seperti ini banyak memberi mudharat (keburukan) daripada kebaikan...
PUNCANYA???
Ada banyak... Melalui pengalaman & pembacaan aku, kita selalunya ragu, keras hati dan jadi zalim bila...
  1. Lupa
  2. Selfish
  3. Terbiasa
Aku biarkan anda semua huraikan sendiri.. Sebab setiap kita punya idea masing-masing.. Pengaruh sekitar yang berbeza.. Kehendak yang berlainan.. Maka, tidak adil aku menggariskan sesuatu yang warnanya tidak sekata.. Kan, kan, kan? :P

But then, macam mana kita mahu tahu sama ada kita ni tergolong yang keras hati atau tidak??? Emmm.. Orang yang keras hati ni selalunya....
  1. Tidak mengaku takut.. Bahkan tidak mahu merasa takut..
  2. Susah dibawa berbincang/berunding sebab dia merasakan dia betul dan sentiasa betul..
  3. Sangat susah untuk menangis KECUALI ketika dia terlalu MARAH
Kesimpulannya, tiada satu pun dalam kalangan kita yang SEMPURNA.. Tapi kita harus! Harus seharus-harusnya selalu bersedia dan cuba baiki diri...

(Sorry... Mood hari Jumaat.. hehehe..)



P/S: Aku budak masih mahu/perlu belajar..

16 Jun 2011

Kenapa Perlu Panik Sedangkan Kita Boleh Relax.... :)

Sekadar berkongsi....

Manusia termasuklah diri aku ni sendiri suka panik tidak tentu sebab... Bahasa pasarnya "menggeragas", "gelabah" dan sebagainya... Hua3..

Untuk makluman: Aku lebih fokuskan di dalam aspek pekerjaan... Bukan panic disorder...

Kenapa perlunya PANIK???

Panik ni kadang-kadang ada kebaikannya.. Orang lazimnya akan dapat buat kerja lebih banyak dan baik dalam keadaan panik... Sebab stress, terdesak..

PUNCA panik???

Urmmm... Bergantung pada keadaan.. kerja last minute, sikap suka menangguh, hati yang kurang redha, kurang positif...

TANDA-TANDA panik???

First thing yang akan orang selalunya buat bila panik ialah MELATAH, MENGUCAP, TAKBIR... Hehehe..
Kalau mengucap atau istighfar tu okey lagi... Kalau terpacul perkataan "canggih" ?? Makinlah panik... Kuang, kuang, kuang....

Pada aku, kenapa perlu panik? Relax...
Perkara yang akan, perkara yang mahu dan perkara yang sedang berlaku semuanya adalah kehendak Tuhan.. Tuhan mungkin mahu menguji atau mengajar...
Panik tiada guna kalau ia hanya akan meresahkan jiwa..


P/S: Cool saja deh...!

13 Jun 2011

Aku Mengasihimu Lebih Dari Kasihku Kepada Diriku Sendiri

Sekadar berkongsi...

Aku mempunyai seekor kucing. LaNsAm namanya. Aku sangat menyayanginya. Saaaaaangat! Kalau dia injured sebab bergaduh dengan kucing jantan lain atau luka terpijak kaca yang jiran campak di halaman rumah mahupun sembelit, aku rasa macam aku yang luka. Macam aku yang berdarah. Macam aku yang sembelit.
Yang lebih sadisnya, kadang-kadang aku sedar yang aku lebih menyayanginya lebih daripada makhluk lain. Lebih daripada diriku sendiri.
Aku pernah kehilangan seekor kucing sebelum ini akibat daripada kecuaianku sendiri. (Namun dengan kehendak Allah juga). Dan aku tidak akan benarkan itu berlaku lagi. Aku akan menjaganya sehabis baikku. Wah, gitu! Tapi aku serius ni...

LaNsAm >>>>

"Setiap hati yang pengasih mendapat pahala"

P/S: Aku tidak malu untuk menangis di khalayak ramai di "klinik orang" agar kucing aku ni dapat diselamatkan.Dan aku pasrah...