9 Jan 2015

Kursus PERCUMA di AMC


Alhamdulillah, hari ni diberi kelapangan untuk menghadiri kursus Blogging Skills di AMC College Likas .. (www.amc.edu.my untuk info lanjut)

Dapat buku percuma!!! Yeay!
Makan minum percuma!!! Lagi yeay!!

p/s: Terfikir pula untuk bisnes melalui blog.. Amacam?


29 Jan 2014

TIPS BELI BEG



Tip 1: Kegunaan beg tersebut
Adakah anda membeli beg/dompet untukmenghadiri majlis tertentu atau untuk kegunaan harian?
Sekiranya untuk kegunaan harian, contoh seperti untuk dibawa ke pejabat setiap hari, beg yang dibeli haruslah praktikal, efisien dan tidak terlalu menonjol.
Manakala untuk majlis-majlis istimewa, beg yang sesuai sudah tentu jenis yang elegan, bergaya dan “trendy”.
Tip 2: Warna beg tersebut
Warna hitam, coklat dan kelabu adalah warna universal dan boleh dipadankan dengan hampir kesemua baju yang anda pakai. Namun sekiranya anda inginkan tampil lebih bergaya, bolehlah melakukan eksperimen dengan memilih beg yang mempunyai warna tambahan seperti hijau, merah atau kuning. 
Tip 3: Jenis badan anda
Secara asasnya, mereka yang tinggi dan kurus haruslah memilih beg yang bersaiz sederhana dan berbentuk bulat. Manakala mereka yang berbadan gempal, beg yang berbentuk panjang adalah lebih sesuai untuk anda
Sekiranya anda menggunakan beg yang disandang di bahu, titik fokus bagi mereka yang memandang anda ialah tempat di mana beg itu terletak. Contohnya sekiranya beg itu terletak di pinggang, maka bahagian pinggang anda akan lebih kerap diperhatikan. Gunakan fakta ini untuk kelebihan anda. 

20 Jan 2014

CABARAN SQUAT 30 HARI

Jom kita squat..!
Kepada kaum wanita yang rasa malas mau bersenam dan tiada masa tu boleh lakukan squat di rumah..

Kebaikan SQUAT:

  • Boleh mecantikan kaki
  • Membantu mengecilkan peha anda
  • Menguatkan stamina dan otot
  • Boleh membentuk punggung lentik semula (hehe)
Tidak perlulah angkat terlalu berat.. Pakai kayu atau botol mineral berisi air pun boleh..



p/s: Aku pun baru bermula.. ;)

16 Jan 2014

RESEPI 4: CENDOL BUAH CAMPUR



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Ais
Cendol
1/2 biji tembikai dipotong dadu
Cincau dipotong dadu
2 tin jagung
2 tin kacang merah

3 tin susu cair

CARA PENYEDIAAN:
  1. Campur semua bahan kecuali susu cair dan ais di dalam sebuah bekas.
  2. Tuangkan susu cair. Gaul perlahan agar bahan-bahan tidak terlalu hancur. Perapkan selama 5 minit.
  3. Campurkan ais ketul.
  4. Siap!
# Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing ya.

p/s: Mudah kan?

JOM KEMPISKAN PERUT

Sekadar mau berkongsi...



SEMUA wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. 
Kan? Kan? Kan?
Namun ramai wanita masa kini mengalami masalah perut buncit. Urm... 
Di sini ada 5 tips untuk kita praktiskan bersama. Insyaallah!

  1. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
  2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
  3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
  4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut.
  5. Lakukan senaman sit-up di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

p/s: Jom ramping sama-sama... Hehe..
       
CC: Suami tercinta.. ;)


15 Jan 2014

RESEPI 3: KEK COKLAT KUKUS


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji telur (suhu bilik) 

CARA PENYEDIAAN
  1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
  2. Pukul telur sampai betul-betul kembang (lebih kurang 5 minit) kemudian masukkan Bahan A.
  3. Masukkan esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  4. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit. (tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit.
  5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik atau kertas foil untuk memastikan wap air tidak masuk ke dalam adunan.
  6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
  7. Siap! Kalau rajin, boleh buatkan topping.

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)

  • 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas 

CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler. 
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair. 
  4. Curahkan 1/2 dari ganache ke atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
  5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
  6. Panaskan kembali lebihan ganache tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.



10 Jan 2014

ANTARA KERJAYA DAN KELUARGA

Sekadar mau berkongsi...

Mana lebih penting?

Bagi yang bekerja sendiri – mungkin persoalan tersebut tidak timbul.

You are your own boss!

Yang makan gaji ni..?

Dalam hati berkata: 
kita kerja kerana keluarga, mau bagi kesenangan pada keluarga (dan juga pada diri kita sendiri – jangan nafikan hakikat itu)

Di mulut juga sering berbicara:

Family comes first

Ya meh?
Tanggungjawab terhadap kerja – boleh diabaikan?
Amanah yang telah diberi – ditolak juga?
Hasil titik peluh memikul amanah inilah yang diberikan pada keluarga, yang mengisi perut anak-anak.
Ketepikan amanah, abaikan tanggungjawab = bukan ciri khalifah yang baik, bukan Islam yang dituntut

Macam mana?
Tuntutan kerjaya sering memerlukan pengorbanan.

Ada individu pernah berkata:(bukan saya) 
"Antara kerjaya dan keluarga, DAHULUKAN KERJA! 
Ya, kamu boleh pilih keluarga. 
TAPI INGAT! Kamu akan bebankan orang lain untuk menjalankan tanggungjawab kamu!
Kalau tidak boleh outstation sebab suami tidak izinkan, jangan kerja. Berhenti. 
Duduk di rumah boleh buat apa yang anda suka. Kalau mau kerja, buat cara orang yang kena kerja. 
Kerja ialah melakukan apa yang diarahkan dan apa yang diamanahkan.
Serahkan beban kepada orang lain untuk memikulnya
Saya ada kerja tapi saya tidak mau buat kerja saya
Jangan kerja!"

*Urmmm.. Mungkin sesuatu yang boleh difikirkan.

Ramai lagi orang yang benar-benar memerlukan kerja dan sanggup melakukan apa sahaja asal dapat kerja yang halal dan berkat.


p/s: Harus bijak asingkan masa untuk keluarga dan kerja. Biar seimbang gitu loh...