Sekadar mau berkongsi...
UNGAU : Sepatutnya, rindu yang memakan diri tidak boleh dilafazkan. Ia akan bertambah menyakitkan.
DUNGAU : Mahalnya ayat kau ni tau.
UNGAU : Aku tiada niat mau jual.
DUNGAU : Memang saya minta free pun. hahaha..
UNGAU : Sesuatu yang percuma jarang dihargai.
DUNGAU : Emm.. Tapi senang untuk didapati. Tu yang best.
UNGAU : Macam pakai buang.
DUNGAU : Emm.. Kalau orang yang tidak terlampau demand, dia tidak buang-buang tu. Dia akan terus simpan sampai bila dia boleh terus pakai.
UNGAU : Disimpan bukan kerana mau tapi kerana takut tiada lagi yang ada untuk dipakai.
DUNGAU : Tu lah.. Lagipun duit bukan banyak sangat mau beli kan? Jadi ada kalanya orang kaya pun teringin juga yang percuma sebenarnya.
UNGAU : Iya.. Ramai orang hanya mau menerima tapi susah memberi.
DUNGAU : Emm.. Biasalah orang timur. Susah bha mau korek harta yang dia tanam berpuluh-puluh kaki dalam tanah. Atau mungkin tangan yang tidak setaraf untuk memberi.
UNGAU : Asal usul bukan hukuman atau ukuran pada sifat. Taraf akan tewas jauh di belakang kalau ikhlas.
DUNGAU : Kalau hati masih simpan rasa segan?
UNGAU : Kalau berani mau menerima, kenapa takut memberi?
DUNGAU : Takut memberi sebab takut tidak akan diterima.
UNGAU : Semua orang suka menerima. Tambahan lagi kalau percuma.
DUNGAU : Tangan yang menanggung berat beban sebab tidak diterima lebih berat daripada tangan yang memberi.
UNGAU : Kalau ikhlas, tiada bezanya antara si pemberi dan penerima.
DUNGAU : Keikhlasan pemberi hanya terkesan oleh mata seorang penerima yang ikhlas..
UNGAU : Berapa harga sebuah keikhlasan?
DUNGAU : Sejauh mana mata boleh kesan keikhlasan tu maka itulah harga sebuah keikhlasan.
UNGAU : Kalau begitu keikhlasan tidak ternilai atau tidak bernilai?
DUNGAU : Tidak ternilai bagi orang yang tidak tau harganya dan bernilai bagi orang yang tau harganya.
UNGAU : Jadi apa bezanya yang tau dan yang tidak tau? Matanya ka? Atau hatinya?
DUNGAU : Matanya melihat. Hatinya yang menilai.
UNGAU : Kalau dia tidak nampak dan buta, jadi mana puncanya?
DUNGAU : Hanya mampu untuk berterima kasih dengan si pemberi. Melainkan hati yang sanggup untuk menilai semula.
UNGAU : Kalau penerima sudah tau berterima kasih, pemberi akan sanggup untuk terus memberi dengan percuma.
DUNGAU : Sebanyak mana pemberi itu memberi maka sebanyak itu jugalah penerima akan rasa terhutang budi dengan pemberi.
UNGAU : Terima kasih. Aku tau sudah berapa harga ikhlas.
DUNGAU : Berapa?
UNGAU : RM5 sekilo.
DUNGAU : Emm.. Hebat pengiraan kau.
UNGAU : Gurau saja.. Harga ikhlas sama dengan cinta. Keduanya enggan diakui oleh pemberi tapi slalu diharapkn oleh penerima.
DUNGAU : Sebab penerima boleh jadi pemberi. Pemberi boleh jadi penerima. Sama-sama ada keikhlasan. Sama-sama ada cinta untuk menentukan harga memang sangat sukar.
UNGAU : Bijak! :)
DUNGAU : Kau memberikah tu?
UNGAU : Kenapa tanya? Bukan mata boleh nampak dan hati dapat menilai ka?
DUNGAU : Tu kalau sekiranya mata saling merenung.
UNGAU : Hati?
DUNGAU : Tanpa terjadinya renungan hati tidak akan dapat memainkan peranannya.
UNGAU : Mahalnya.
DUNGAU : Tapi saya bagi free ja.
UNGAU : Teima kasih..
DUNGAU : Hehe.. Harap kau sudi terima.
UNGAU : Percuma atau hutang ni?
DUNGAU : Percuma dan tiada tol pun.
UNGAU : Terima kasih sekali lagi. Lama sudah aku mencari benda percuma begini..
p/s: Selamat berjuang untuk tahun 2014!
No comments:
Post a Comment