13 Jun 2011

Aku Mengasihimu Lebih Dari Kasihku Kepada Diriku Sendiri

Sekadar berkongsi...

Aku mempunyai seekor kucing. LaNsAm namanya. Aku sangat menyayanginya. Saaaaaangat! Kalau dia injured sebab bergaduh dengan kucing jantan lain atau luka terpijak kaca yang jiran campak di halaman rumah mahupun sembelit, aku rasa macam aku yang luka. Macam aku yang berdarah. Macam aku yang sembelit.
Yang lebih sadisnya, kadang-kadang aku sedar yang aku lebih menyayanginya lebih daripada makhluk lain. Lebih daripada diriku sendiri.
Aku pernah kehilangan seekor kucing sebelum ini akibat daripada kecuaianku sendiri. (Namun dengan kehendak Allah juga). Dan aku tidak akan benarkan itu berlaku lagi. Aku akan menjaganya sehabis baikku. Wah, gitu! Tapi aku serius ni...

LaNsAm >>>>

"Setiap hati yang pengasih mendapat pahala"

P/S: Aku tidak malu untuk menangis di khalayak ramai di "klinik orang" agar kucing aku ni dapat diselamatkan.Dan aku pasrah...
Post a Comment