27 May 2011

Diam Tidak Semestinya Setuju

Sekadar berkongsi...

Sebenarnya entry kali ini tercetus selepas aku khatam (tamat) menonton drama Nur Kasih.. Hehe.. Jangan marah.. Aku baru terseru untuk tengok cerita ni. Saaaaangat bagus.. Cuma persoalan utama yang bermain di fikiran aku sepanjang dan setelah menonton drama ni ialah isu JODOH PILIHAN.. Terutamanya jodoh/pasangan yang ditetapkan oleh orang tua.
Masih relevankah pada masa kini???
Pada pandangan aku, sebaik-baik jodoh ni adalah yang kita pilih dan orang tua pula restu.. Dan tidak salah kalau orang tua pilih dan kita pula redha... Soal jodoh kan, tidak semestinya terjadi seperti yang kita mahukan..
Wah! Gituuu....
Apa pun, peringatan kepada semua di luar sana.. Jangan diam saja.. Kita berhak bersuara.. Kepada makcik dan pakcik pula, si anak kalau diam bukan semestinya dia setuju... P.E.A.C.E.!

14 May 2011

Kereta Idaman Malaya!

Sekadar mau berkongsi...

WOW..!!!
Aku akan bercerita tentang kereta? Pergh... Berani sungguh.. Lesen pun belum ada, inikan pula sebuah kereta.. Hahaha! Sungguh tidak layaklah aku nampaknya... Tapi, ada aku peduli??? Aku mau kongsi juga!!

KERETA IDAMAN MALAYA??? 
Jeng, jeng, jeng.... Ini dia..!!! Ada 5 yang terpilih.. Check it out..

1. FORD FIESTA
Sudah berada di pasaran Eropah sejak 2008

2. HYUNDAI SONATA
Terkenal dengan penjimatan minyak dan harga yang berpatutan


3. KIA SORENTO
Dikenali sebagai kenderaan SUV yang selesa dan berkuasa


4. NISSAN LEAF
Model kenderaan elektrik pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran. Sangat laju (90mph).


5. INFINITI M/NISSAN FUGA
Antara kereta mewah terbaik keluaran Jepun


Haaaa.... Apa macam??? Cantik kan... Alaaaa... Takpa la kot... Berangan sikit.. Mana tau jadi KENYATAAN... kan kan kan?

Aku punya kereta idaman ada satu ja.... Mau tau???? Tadaaaa....!!!

JUARA

Hahahahahhahahahhahahahahahha..!!!!
Aku main-main saja laaa.. Tekezut kaa???
Urmmmmm... Kereta idaman aku? Ini dia..


Perghhh... MANTOP..!!! MINI COOPER...!!!!!!!

P/S: Doakan aku... :)

10 May 2011

CONFORMITY (apa? kenapa?)

APA?
Conformity adalah suatu jenis pengaruh sosial di mana individu mengubah sikap dan tingkah laku mereka agar sesuai dengan norma sosial yang ada. Seseorang bertingkah laku dengan cara-cara yang dipandang wajar atau dapat diterima oleh kelompok atau masyarakat kita. 




Apa best sangat tentang isu CONFORMITY ni?


Kita sudah terjebak di dalamnya!!! Ada yang secara sedar, ada yang tidak. CONFORMITY selalunya terlaksana secara "tanpa peribadi". Di mana tidak ada pun mana-mana pihak yang mengatakan ini dan itu salah, namun perkara tersebut menjadi kebiasaan. 
CONTOH:
Ketika Maria pergi kuliah dengan memakai T-shirt dan seluar jeans, ada ketidakselesaan dalam dirinya dengan tindakannya tersebut atau mungkin ketidakselesaan datang dari orang lain yang melihat cara Maria berpakaian. Walaupun dalam peraturan kuliahnya tidak ada yang mengharuskan memakai baju rasmi seperti baju kurung, kemeja, namun kerana isu NORMA atau CONFORMITY, timbul ketidakselesaan baik pada diri Maria mahupun orang lain yang berada di sekitarnya. Contoh lain: majlis kenduri-kendara selepas nikah, pemberian duit kepada keluarga mempelai, tip untuk pelayan dan sebagainya.


KENAPA?
Ada 2 alasan utama kita membenarkan kita akur pada isu CONFORMITY iaitu; 
UNTUK DITERIMA dan UNTUK MERASA BENAR


Fikir-fikirkan....


P/S: Aku lebih suka menjadi diri sendiri dan bebas dari pelaziman sebegini.

9 May 2011

Bagai Tauge di dalam Soto

Sekadar mau berkongsi...
"Orang yang suka mengumpat/bergosip/memperihalkan cerita mengenai orang lain, diumpamakan seperti TAUGE. Di mana pun ia akan ada. Di dalam soto, di dalam mi goreng, di dalam sayur, di dalam sup. Ia suka berada di mana-mana untuk mengambil tahu hal orang lain dan menyebarkannya. Maka dengan itu, kita melihat Allah menjadikan TAUGE itu tidak pernah ada yang LURUS."
-Ustaz Das'ad-

Ada pun makna mengumpat ini didefinisikan sebagai suatu tindakan mengatakan sesuatu yang keji, buruk, celaan, kutukan dengan tujuan menodai nama orang tersebut. Walaupun!!! Perkara yang diperkatakan adalah BENAR. Manakala berkata sesuatu yang buruk lagi tidak benar itu adalah FITNAH.

Jadi, kawan-kawan jom kita elak dan selamatkan diri daripada tergolong di dalam golongan TAUGE ini. Susah namun tidak mustahil dan kita wajib usaha.
Kalau ada kawan-kawan buka meja, and starts to talk about anybodyREMEMBER! Itu adalah introduction untuk ke arah sesi PENGUMPATAN.
Tapi..! Kalau you all kuat, berani dan tabah, boleh stay dalam kelompok tersebut dan cakap macam ni: Wei you all... Tidak baguslah mengumpat orang.. Dosa besar. Umpama memakan daging saudara sendiri. (Wah, gituuu) :P

Kenapa perlu tabahBeraniDan kuat? Hal ini adalah kerana you all akan terjebak dan syok join aktiviti tu. Ada pun bila you all berjaya menyatakan ayat tadi (ayat warna kuning di atas), you all may be akan di"pulau". Golongan tauge ini akan cakap you all "poyo", "trip", "macam baik" dan sebagainya. :)

Kesimpulannya, kita perlu bijak dalam bicara. Selamat berjaya!

P/S: Hehehe... Aku pun bukan baik sangat. Selalu juga "ter"umpat orang. Minta maaf semua.

Di sini aku bagi pakej CERAMAH best! >>> 28 DOSA MENGUMPAT

7 May 2011

Belajar Urus Masa

Sekadar mau berkongsi...

Setakat 23 tahun menjalani hidup sebagai seorang manusia, ada 5 perkara utama yang aku lakukan secara rutin..

1. UMS (40%)
Isnin hingga Jumaat: 8 pagi - 5 petang
Aku bekerja sebagai Pekerja Khidmat Singkat di Bahagian Audit Dalam Universiti Malaysia Sabah.
Kerja mudah: memasukkan data panel klinik ke dalam EXCEL. Hehehe.. Toing, toing, toing.. Boleh dapat sampai RM1200 sebulan wei.. Lumayan juga untuk kerja-kerja tukang macam ni..

2. Online business (20%)
Kerja ni melibatkan kemahiran "pemasaran" & kemahiran "halus" seperti promosi laman web, berjumpa dengan prospek, mesyuarat dengan biz partner, jalan-jalan, makan-makan... Kalau buat betul-betul, boleh dapat RM5000 sebulan. Pergh... Tak percaya???
Tengok sini >>> JUTAWAN VeMMA PERTAMA DI ASIA...

3. Reading (20%)
Dulu kerja ni hobi semata-mata.. Tapi bila dah menceburi bidang penulisan, aku faham yang seorang penulis kena banyak membaca.. Jadi, membaca adalah antara pekerjaan utama aku.. Semua jenis bahan aku rembat.. Novel, komik, majalah, surat khabar... Bukan apa, aku jarang menghadap TV.. Hehehe..
Ini ada lagu sikit utk jadi dorongan membaca.. >>> MEMBACA GAYA WAWASAN

4. Writing (15%)
Selepas menghadiri diskusi Hala Tuju Sastera Sabah beberapa minggu yang lepas, aku tergerak untuk menulis semula.. Maka dengan itu, karya-karya masa aku muda-muda dulu pun aku buka semula & edit mana yang patut.. Best laaa...

5. ESTC (5%)
Eureka Success Training Centre
Haaaa... Ini adalah syarikat pertama yang aku tubuhkan bersama Afizie Jais dan Muqarrabin.. Best! Tapi kena "rehat" sekejap.. Biasalah, orang muda.. Kena belajar dulu... Syarikat ni berasaskan latihan, kemahiran, kursus, kem dan program-program untuk pelajar sekolah dan IPT. Agak banyak syarikat macam ni ditubuhkan di Semenanjung tapi masih "membangun" di Sabah.. So, bila ada rezeki nanti ESTC pasti akan bangkit semula.. Yeahhh!


Hahahaha! Macamlah artis that i have to let all people know my activies kan? Ceh....
Like i always mention, I LOVE TO SHARE.... ;)

6 May 2011

Kenapa Aku Tidak Suka Jamuan Selepas Majlis Tahlil

Sekadar mau berkongsi...

Memandangkan hari ini hari Jumaat, maka, aku dengan suka citanya ingin berkongsi suatu perkara yg biasa kita dengar dan bincangkan tapi jarang kita suarakan di khalayak ramai..
Points utama aku korek daripada blog seorang sahabat juga.. >>> Laman EMJAY

Jom tambah ilmu..! 

Adat kebiasaan orang Islam di Nusantara khususnya masyarakat Melayu di tanah air kita menjemput,  mengumpul orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh keluarga si mati sama ada mayat sebelum atau selepas dikebumikan... 

Ketahuilah, perkara ini...

1. Bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w dan sahabatnya.

2. Perbuatan itu adalah bid’ah dan makruh yang perlu dihapuskan oleh semua pihak.

3. Telah bersepakat kata oleh Imam-Imam mazhab empat dan kibar al-ulamak (ulamak agung) tentang makruhnya ahli si mati menghimpun dan menjamu manusia selepas kematian. Yang paling ramai mengatakan demikian ialah ulamak dari mazhab Syafiiy.

4. Hukumnya sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati, kepada kaum kerabat yang jauh membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Itulah sunnah yang perlu diikuti oleh semua umat Islam.

5. Hukumnya makruh dicela oleh syarak adat yang diamalkan oleh umat Islam iaitu menghimpun orang ramai dan diberi makan kepada mereka pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan seumpamanya. Perbuatan itu dinamakan wahsyah dan kaffarah.

6. Orang ramai berkumpul di sisi keluarga si mati selepas kematian berlaku dan ahli si mati membuat makanan dan menjamu mereka, perbuatan itu bid’ah yang mungkar dan diberi pahala kepada pihak penguasa dan kepada sesiapa yang mencegahnya.

7. Hukumnya bid’ah dan makruh bukan hanya kepada ahli si mati yang memasak, menghimpun dan menjamu makanan kepada orang ramai sahaja, tetapi juga bid`ah makruh itu kena kepada siapa sahaja yang menerima panggilan itu.

8. Mencegah masyarakat dari melakukan bid’ah yang mungkar itu bererti menghidupkan sunnah, manakala membiarkan mereka terus beramal dengannya bererti mematikan sunnah dan sekaligus menyuburkan bid’ah.

9. Jika perbelanjaan makanan yang dijamu itu dari harta yang belum baligh, harta orang mahjur (iaitu orang yang tidak dibenarkan oleh syarak untuk menguruskan hartanya) dan dari harta si mati yang menanggung bebanan hutang, maka hukumnya ialah kongsi bersama antara yang memanggil dengan orang yang memakan pada melakukan yang haram.

10. Hukum makruh keluarga si mati menerima tetamu serta menjamu makanan kepada mereka. Kecuali tetamu itu datang dari tempat yang jauh terpaksa bermalam di rumah ahli si mati itu.

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal... :)

5 May 2011

How to Become Handsome

Sekadar mau berkongsi...


Alaaa... Mesti lelaki akan cakap macam ni: RUPA PARAS BUKAN SEGALANYA. 
Tolonglah.. Being handsome doesn't mean that u have to be pretty physically.. 


TIPS 1:
Wash your hair at least every other day. A girl loves a boy who smells nice, and cares about his image. Besides, greasy hair is not a good look on anybody, even if they look like Brad Pitt. By taking care of your hair, you at least show that you're interested in your appearance and care enough about yourself to take good care of yourself.


TIPS 2:
Make sure you have good hygiene.
  • Brush twice a day.
  • Wear deodorant every day. Body odor is not an attractive smell, and nobody around you enjoys it. It's a simple routine that can reap large benefits in your friendships, relationships, and with strangers! But be careful not to wear too much, it can be quite unappealing.
  • Wash your face every day. 

TIPS 3:
Wear nice clothes. The style of clothes that you wear doesn't matter, because you're expressing your personality. Whatever you choose to wear, though, should be clean and ironed (if appropriate). Also do not wear pants that show a lot of boxer. This is not sexy. It is gross to almost all girls. If you are going to wear jeans, make sure they are not too baggy. This does not look good.

TIPS 4:
Be funny! A girl loves a guy who can genuinely make her laugh. If you notice she is being turned off by your sense of humor (which you will be able to tell by her body language) then stop. Give her space.

TIPS 5:
Smile because girls love smiles. It makes them feel beautiful.


Okey... Sorry... Perlu terjemahan? Tiada masalah. 

1. Rajin-rajinlah basuh rambut. (Aku suka bau rambut lepas cuci.. hihi..)

2. Jaga kebersihan: berus gigi, pakai deoderant, cuci muka.

3. Pakai pakaian yg sesuai. (Jangan "over")

4. Jadi kelakar/lucu/lawak. (Bergantung pada keadaan. Jangan buat lawak "bongok")

5. Senyum. (Penyumbang 40% kepada kadar keHANDSOMEan anda)

SEMOGA BERJAYA..!!!

Selamat Hari Ibu... Nanananananna....

Guys, jom kita ucap selamat kepada semua ibu di dunia. Ekspresikan rasa sayang dan penghargaan lebih sikit sepanjang bulan ini.. Hehehe... 

Selamat hari ibu, mama...



4 May 2011

S.A.B.A.R.

Sekadar mau berkongsi...

Setiap hari semua orang akan menjalani kehidupan masing-masing... Dengan tujuan berbeza, dengan cara berbeza.. Antara sebab kita terus maju & bijak adalah kesabaran yang konsisten walau teruji dengan pelbagai sebab & keadaan...
Tadi aku keluar pergi bank HARIMAU untuk buka akaun baru... Sampai sana ada "lelaki" bagi tau yg kaunter akaun akan buka jam 1.30.. Jadi aku pun mengambil keputusan untuk bersabar dan pergi makan dulu...
Tepat jam 1.30 aku serah borang & salinan IC pada "lelaki" tu.. Aku pun duduklah dengan sabar menanti..
Masuk jam kedua menunggu, aku mula rasa TERUJI... Ulang sekali lagi, rasa TERUJI..
Aku pun bangunlah ke kaunter pertanyaan..
"Mana borang saya? Dalam proses ka? Hampir 2 jam sudah saya tunggu ni..."
"Lelaki" tu senyum lantas menjawab: "Iya kan. Lama pula sudah tu. Cuba kamu tengok di saaaana. Macam ada borang kamu ampai-ampai."
Hihihi... Canteekkk!!! Borang aku kena letak tepi meja saja! Pergh..... TERUJI wei...
Aku pun bangunlah ke kaunter 3 utk "memotivasikan" si "perempuan" yang bertugas...
AKU BUKAN ARTIS TAPI AKU MANUSIA. TIDAK PERLU LAYAN BAIK SANGAT. TAPI CUKUPLAH HORMAT HAK AKU SEBAGAI PELANGGAN.
Okey, cukup. Apa pun, aku maafkan semua yang terlibat. Pergh....!

Semoga bank yg terbabit dapat meningkatkan mutu perkhidmatan...

P/S: Jangan buat macam ni dekat org lain. Mungkin mereka tidak cukup SABAR macam AKU YANG BUKAN ARTIS ni...

3 May 2011

Berbicara Soal Mati

Sekadar mau berkongsi...

Pernah suatu ketika dulu aku datang ke kuliah... Berbekalkan satu soalan yang aku nekad untuk tujukan pada semua yang bercakap dengan aku hari itu.
Soalannya:
KALAU KAU DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH KEADAAN KAU MATI NANTI, KAU MEMILIH UNTUK MATI MACAMANA?


Hehehe.. Macam-macam gelagat aku jumpa. Ada yang buat-buat tidak faham.. Ada yang ketawa.. Ada yang tergamam.. Ada yang jawab macam ni: Lama lagi kot... Wah..! Tersentap aku..


By the way guys,
Pukul 9.30 pagi tadi aku dapat berita jiran aku meninggal setelah koma beberapa hari.. Sepupu aku meninggal pagi semalam.. Innalillah wa innailaihi rojiun... Semuanya kehendak Dia... Petang semalam juga aku terbaca di akhbar tentang kematian "Pengganas Islam" Osama bin Laden...

Emmm... Kematian adalah satu perkara yang benar dan dijanjikan buat setiap makhluk..
Bagaimana? Bila? Siapa?
 Adalah soalan-soalan yang tersimpan di dalam pengetahuanNya saja....
Buat yang telah pergi... Selamatlah menjalani kehidupan di sana..
Buat yang masih di sini, jalani kehidupan ini sebaiknya..

P/S: Aku bukan budak baik.

2 May 2011

Hati Aku Telah Dicuri

Cuma mau berkongsi...

Hu3... Aku tau... Mesti ramai naik meluat baca tajuk entry aku ni... Aiseh..! Tenang...
Aku tengah excited mau berkongsi ni...
Beberapa minit tadi aku betul-betul realize yang hati aku saaaaaangat telah aaaaaamat dicuri oleh dia..
Ramai mempertikaikan.. Kau yakin ka? Betul ka? Jadi ka nanti? Entah-entah....
SO WHAT???
Jadi atau tidak, yakin atau tidak, betul atau tidak... Aku tetap akan usaha mempertahankan mahligai yang teah dibina... Wah, gitu.... Semangat pula makcik ni...
Doakanlah aku ni... Walau macamana giat & bersungguh pun aku, tetap Yang Esa juga menentukan...
Kan, kan, kan?
Sabarlah.... Tiba masa, aku jemputlah... Hik hik hik... Aamiiin....

Siapa Aku?

Cuma mau berkongsi...

Masa aku kecil-kecil dulu, aku pernah ada cita-cita jadi doktor. Doktor pakar otak. Bedah otak. Hahaha... Best what? Dari form 1 sampai form 5 aku giat merealisasikan impian aku ni..
Sampailah satu masa, terbukti aku gagal memenuhi syarat untuk masuk ke Matrikulasi Sains, aku pun terjunlah ke bidang undang-undang.. UiTM, Shah Alam. Setahun saja. It's a FOUNDATION course only. Dalam masa setahun itu aku sibuk mencangkul, menggali & mengorek rahsia & wajah sebenar dunia perundangan yang "TELUS & TULUS"..
Akhirnya, aku tawar hati..
Aku kemudian terjun pula ke bidang psikologi kaunseling... Pergh...! Lagi best! Macam-macam ada...
Freud, Roger, Bandura, Chomsky, Dewey, Albert Ellis & raaaaamai lagi.. 3 tahun! Di Universiti Malaysia Sabah.. (Tiba-tiba berkumandang lagu UMS di hatiku).. Hahaa..
Setelah mengharungi bermacam-macam jenis dugaan & keseronokkan, aku pun graduate lah...
Toing!
Aku jadi bingung... Aku mau jadi apa ni sebenarnya ni? Doktor? Peguam? Psikologis? Urmmm..
zassss...!
Sekarang ni.. Semua bidang aku rembat.. Termasuklah pemasaran & audit.. Hahaha! Memang sah bingung.. Tinggal mau jadi bengong saja lagi..

BAYANGKAN:
Sains > Law > Psikologi > Admin > Education > Marketing > Audit = ARTIS


Kalau Nabil Raja Lawak kata "lu pikir la sendiri".. aku jawab: AKU TENGAH FIKIRLAH NI...!

Bersuara dengan Bahasa

Cuma mau berkongsi...
Nama diberi Nurul Fatiha Firdaus binti Roslan. Berusia 23 tahun. Dilahirkan di Hospital Q.E.K.K.. Mempunyai 8 orang adik-beradik..

Wah!!! Macam sesi pengenalan diri masa temuduga pula itu... Sambil buat muka 'suci & baik'.. Badan duduk tegak, tangan kemas sambil suara gigil.. Kui3... Okey, done! It's not funny.. AT ALL!

Ini adalah blog KETIGA selepas Nota Tentang Persahabatan dan Bila Seorang Perempuan Mahu Berbicara Seperti Seorang Wanita...

Aku sedang mencuba untuk mengaplikasikan sepenuhnya yakni 100% Bahasa Melayu di sini.. (wah ayat!) But sometimes i just can't get rid of it.. I'll try my best okey??? By the way.. Eh silap! Apa pun, hope you guys like it! (ooppss..)
This is me >>>>
                please just ignore the "BESEN" at the back.. It's normal..!