31 Dec 2013

RESEPI 2: TELUR KUKUS

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. 5 biji telur ayam
2. Sosej (boleh juga digantikan dengan bebola ikan, fishcake dsb) 
3. 1/2 bawang Holland dipotong dadu kecil
3. Garam secukupnya
4. Serbuk lada sulah secukupnya 

CARA PENYEDIAAN:

1. Pecahkan telur ke dalam loyang terpilih dan pukul semahunya.

2. Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukupnya. Pukul lagi.

3. Potong sosej mengikut bentuk yang digemari.

4. Masukkan ke dalam telur tadi bersama bawang.
5. Kukus selama 20-30 minit.

6. Siap!


TIPS:

  • Bagi anda yang suka telur dalam keadaaan separuh masak, boleh kurangkan tempoh mengukusnya ya.
  • Boleh tambahkan serbuk lada hitam/serbuk cili bagi para penggemar pedas.
  • Bagi menambah seri masakan, boleh dihias dengan hirisan cili merah dan daun bawang yang diracik.

p/s: Teringin pula mau test buat cendol pulut. Urmm..

RESEPI 1: KEK TEMBIKAI (VERSI RENDAH LEMAK)



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. Tembikai 
(main part: wajib ada) - pemilihan saiz terpulang kepada empunya

2. Yogurt 
(saya guna yang perisa mangga untuk hadirkan rasa masam) - Bergantung kepada saiz tembikai

3. Buah-buahan lain yang dikira sesuai; kiwi dan strawberi. 
(Saya pilih pisang sebab itu saja yang sempat)


CARA MENYEDIAKAN:

1. Potong buah tembikai kepada bentuk yang digemari.

2. Sapukan yogurt di seluruh permukaan tembikai. Perlu dilakukan secara cepat dan cekap sebab buah tembikai ni berair. Mungkin akan menguji kesabaran sikit.

3. Setelah itu, masukkan tembikai yang telah lengkap disaluti yogurt ke dalm bahagian sejukbeku peti ais selama 30 minit.

4. Sementara menunggu yogurt pada tembikai tadi membeku, bolehlah mengisi masa dengan memotong buah-buahan yang lain untuk tujuan hiasan.

5. Apabila anda telah berpuas hati dengan kebekuan yogurt tadi, maka bolehlah dilanjutkan acara menghiasnya. Ikut kreativiti.

6. Boleh potong dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Serius sedap dan menyegarkan. Ergh!

HIGHLIGHTS OF 2013

1. Bermulanya sebuah karierku..

Hihi.. Pinjam bilik Encik Profesor..
Semangat Eco-Campus di situ..

2. NIKAH

Muka confident dapat jadi bini yang baik.. ahaks!


3. BEST HOLIDAY EVER !!!

Pulau Pangkor. Muka Encik Abang yang nda sempat control.
Encik Penglipur Lara

Encik Driver 

p/s: Jom pi Istanbul tahun depan??? ;)

UNGAU DAN DUNGAU

Sekadar mau berkongsi...



UNGAU : Sepatutnya, rindu yang memakan diri tidak boleh dilafazkan. Ia akan bertambah menyakitkan.
DUNGAU : Mahalnya ayat kau ni tau.
UNGAU : Aku tiada niat mau jual.
DUNGAU : Memang saya minta free pun. hahaha..
UNGAU : Sesuatu yang percuma jarang dihargai.
DUNGAU : Emm.. Tapi senang untuk didapati. Tu yang best.
UNGAU : Macam pakai buang.
DUNGAU : Emm.. Kalau orang yang tidak terlampau demand, dia tidak buang-buang tu. Dia akan terus simpan sampai bila dia boleh terus pakai.
UNGAU : Disimpan bukan kerana mau tapi kerana takut tiada lagi yang ada untuk dipakai.
DUNGAU : Tu lah.. Lagipun duit bukan banyak sangat mau beli kan? Jadi ada kalanya orang kaya pun teringin juga yang percuma sebenarnya.
UNGAU : Iya.. Ramai orang hanya mau menerima tapi susah memberi.
DUNGAU : Emm.. Biasalah orang timur. Susah bha mau korek harta yang dia tanam berpuluh-puluh kaki dalam tanah. Atau mungkin tangan yang tidak setaraf untuk memberi.
UNGAU : Asal usul bukan hukuman atau ukuran pada sifat. Taraf akan tewas jauh di belakang kalau ikhlas.
DUNGAU : Kalau hati masih simpan rasa segan?
UNGAU : Kalau berani mau menerima, kenapa takut memberi?
DUNGAU : Takut memberi sebab takut tidak akan diterima.
UNGAU : Semua orang suka menerima. Tambahan lagi kalau percuma.
DUNGAU : Tangan yang menanggung berat beban sebab tidak diterima lebih berat daripada tangan yang memberi.
UNGAU : Kalau ikhlas, tiada bezanya antara si pemberi dan penerima.
DUNGAU : Keikhlasan pemberi hanya terkesan oleh mata seorang penerima yang ikhlas..
UNGAU : Berapa harga sebuah keikhlasan?
DUNGAU : Sejauh mana mata boleh kesan keikhlasan tu maka itulah harga sebuah keikhlasan.
UNGAU : Kalau begitu keikhlasan tidak ternilai atau tidak bernilai?
DUNGAU : Tidak ternilai bagi orang yang tidak tau harganya dan bernilai bagi orang yang tau harganya.
UNGAU : Jadi apa bezanya yang tau dan yang tidak tau? Matanya ka? Atau hatinya?
DUNGAU : Matanya melihat. Hatinya yang menilai.
UNGAU : Kalau dia tidak nampak dan buta, jadi mana puncanya?
DUNGAU : Hanya mampu untuk berterima kasih dengan si pemberi. Melainkan hati yang sanggup untuk menilai semula.
UNGAU : Kalau penerima sudah tau berterima kasih, pemberi akan sanggup untuk terus memberi dengan percuma.
DUNGAU : Sebanyak mana pemberi itu memberi maka sebanyak itu jugalah penerima akan rasa terhutang budi dengan pemberi.
UNGAU : Terima kasih. Aku tau sudah berapa harga ikhlas.
DUNGAU : Berapa?
UNGAU : RM5 sekilo.
DUNGAU : Emm.. Hebat pengiraan kau.
UNGAU : Gurau saja.. Harga ikhlas sama dengan cinta. Keduanya enggan diakui oleh pemberi tapi slalu diharapkn oleh penerima.
DUNGAU : Sebab penerima boleh jadi pemberi. Pemberi boleh jadi penerima. Sama-sama ada keikhlasan. Sama-sama ada cinta untuk menentukan harga memang sangat sukar.
UNGAU : Bijak! :)
DUNGAU : Kau memberikah tu?
UNGAU : Kenapa tanya? Bukan mata boleh nampak dan hati dapat menilai ka?
DUNGAU : Tu kalau sekiranya mata saling merenung.
UNGAU : Hati?
DUNGAU : Tanpa terjadinya renungan hati tidak akan dapat memainkan peranannya.
UNGAU : Mahalnya.
DUNGAU : Tapi saya bagi free ja.
UNGAU : Teima kasih..
DUNGAU : Hehe.. Harap kau sudi terima.
UNGAU : Percuma atau hutang ni?
DUNGAU : Percuma dan tiada tol pun.
UNGAU : Terima kasih sekali lagi. Lama sudah aku mencari benda percuma begini..

p/s: Selamat berjuang untuk tahun 2014!

JENIS-JENIS ISTERI

Sekadar mau berkongsi...


Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin.
Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

p/s: Moga aku dan anda semua tergolong ister-isteri yang menyenangkan..

30 Dec 2013

Kalau Aku Mahu Kaya

Sekadar mau berkongsi...

Assalam.. 


Mau dekat awal tahun ni terbayang-bayang pula bonus yang mendatang. Hihi..

Walaupun kecil jumlahnya, tapi syukurlah daripada tiada langsung.




Oh, ya. Sebut pasal DUIT.

Lain orang, lain prinsipnya tentang duit. 
Ada yang meletakkan kepentingan duit sama seperti oksigen untuk hidup.
Ada yang punya cukup-cukup makan.
Ada yang rungsing walaupun duit banyak. Rungsing macam mana cara mau menghabiskannya.
Ada yang punya duit seperti angin. Singgah di poket sebentar cuma. Entah habis ke mana.

Urmmm... Beginilah kesimpulannya.


Jika gaji kita RM2,000 sebulan tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000 sebulan, ALLAH SWT akan berikan beza RM18,000 itu sama ada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain lain.


Jika gaji kita RM20,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, beza RM18,000 itu ALLAH akan tarik sama ada dalam bentuk kesusahan, kecurian, anak nakal dan seumpamanya.


p/s: Entry akan datang mari cerita pasal jenis-jenis isteri. Ada kaitan dengan duit juga. ;) Insyaallah.

24 Dec 2013

HoBi BaHaRu

Sekadar mau berkongsi...

Sejak dua menjak ni aku sedar yang aku telah jatuh cinta dengan hobi baharu..
Yeeehaaa! It's baking!!!

Urmmm.. Sejarahnya bermula apabila aku merasa tercabar setiap kali cuba buat kek, mesti gagal. Cubaan demi cubaan membuatkan aku mahu mencuba lagi. Rasa puas bila orang lain "boleh menerima" dan memuji hasil kerja aku. Hehehe.. Jangan hairan kalau lepas ni entry aku semua pasal kek dan makanan.


CUBAAN 1: KEK SARANG SEMUT KUKUS 
CATATAN: Kurang menjadi
CUBAAN 2: KEK COKLAT KUKUS
CATATAN: Ada kemajuan. Kek lembap dan terasa coklatnya.
CUBAAN 3: KEK PELANGI KUKUS
CATATAN: Kalau tutup mata, rasa macam kek cubaan 2 ja.


CUBAAN 4: KEK KEJU + COKLAT KUKUS
CATATAN: Sedap (yakin saja)


Terima kasih En. Mixer.
CATATAN: Hadiah kahwin daripada Cik Noorul Hayati

p/s: Makan untuk hidup. Berat aku naik banyak. Makan banyak. Senaman kurang. Padan muka.

7.6.2013

Sekadar mau berkongsi...

Hampir 7 tujuh bulan usia pernikahan aku dan dia.
Rasa cinta yang halal dengan jiwa yang tenang.
Entah aku terlalu bahagia atau kebahagiaan yang melampau. Sampai aku tidak pasti bagaimana mengungkap rasa bahagia itu.

ALHAMDULILLAH


p/s: Aku tidak akan malu meminta dariMu lagi