27 May 2011

Diam Tidak Semestinya Setuju

Sekadar berkongsi...

Sebenarnya entry kali ini tercetus selepas aku khatam (tamat) menonton drama Nur Kasih.. Hehe.. Jangan marah.. Aku baru terseru untuk tengok cerita ni. Saaaaangat bagus.. Cuma persoalan utama yang bermain di fikiran aku sepanjang dan setelah menonton drama ni ialah isu JODOH PILIHAN.. Terutamanya jodoh/pasangan yang ditetapkan oleh orang tua.
Masih relevankah pada masa kini???
Pada pandangan aku, sebaik-baik jodoh ni adalah yang kita pilih dan orang tua pula restu.. Dan tidak salah kalau orang tua pilih dan kita pula redha... Soal jodoh kan, tidak semestinya terjadi seperti yang kita mahukan..
Wah! Gituuu....
Apa pun, peringatan kepada semua di luar sana.. Jangan diam saja.. Kita berhak bersuara.. Kepada makcik dan pakcik pula, si anak kalau diam bukan semestinya dia setuju... P.E.A.C.E.!

No comments: