Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun
yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh
malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi
meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan
adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong
suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman
ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan
luar biasa.
Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu
sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya
memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun
tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan
Muqarrobin.
Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan
ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga
sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan
yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun
kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang
perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak
pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut,
marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,
apatah lagi dengan Tuhan.
p/s: Moga aku dan anda semua tergolong ister-isteri yang menyenangkan..
No comments:
Post a Comment