10 Jan 2014

ANTARA KERJAYA DAN KELUARGA

Sekadar mau berkongsi...

Mana lebih penting?

Bagi yang bekerja sendiri – mungkin persoalan tersebut tidak timbul.

You are your own boss!

Yang makan gaji ni..?

Dalam hati berkata: 
kita kerja kerana keluarga, mau bagi kesenangan pada keluarga (dan juga pada diri kita sendiri – jangan nafikan hakikat itu)

Di mulut juga sering berbicara:

Family comes first

Ya meh?
Tanggungjawab terhadap kerja – boleh diabaikan?
Amanah yang telah diberi – ditolak juga?
Hasil titik peluh memikul amanah inilah yang diberikan pada keluarga, yang mengisi perut anak-anak.
Ketepikan amanah, abaikan tanggungjawab = bukan ciri khalifah yang baik, bukan Islam yang dituntut

Macam mana?
Tuntutan kerjaya sering memerlukan pengorbanan.

Ada individu pernah berkata:(bukan saya) 
"Antara kerjaya dan keluarga, DAHULUKAN KERJA! 
Ya, kamu boleh pilih keluarga. 
TAPI INGAT! Kamu akan bebankan orang lain untuk menjalankan tanggungjawab kamu!
Kalau tidak boleh outstation sebab suami tidak izinkan, jangan kerja. Berhenti. 
Duduk di rumah boleh buat apa yang anda suka. Kalau mau kerja, buat cara orang yang kena kerja. 
Kerja ialah melakukan apa yang diarahkan dan apa yang diamanahkan.
Serahkan beban kepada orang lain untuk memikulnya
Saya ada kerja tapi saya tidak mau buat kerja saya
Jangan kerja!"

*Urmmm.. Mungkin sesuatu yang boleh difikirkan.

Ramai lagi orang yang benar-benar memerlukan kerja dan sanggup melakukan apa sahaja asal dapat kerja yang halal dan berkat.


p/s: Harus bijak asingkan masa untuk keluarga dan kerja. Biar seimbang gitu loh...

No comments: