29 Jan 2014

TIPS BELI BEG



Tip 1: Kegunaan beg tersebut
Adakah anda membeli beg/dompet untukmenghadiri majlis tertentu atau untuk kegunaan harian?
Sekiranya untuk kegunaan harian, contoh seperti untuk dibawa ke pejabat setiap hari, beg yang dibeli haruslah praktikal, efisien dan tidak terlalu menonjol.
Manakala untuk majlis-majlis istimewa, beg yang sesuai sudah tentu jenis yang elegan, bergaya dan “trendy”.
Tip 2: Warna beg tersebut
Warna hitam, coklat dan kelabu adalah warna universal dan boleh dipadankan dengan hampir kesemua baju yang anda pakai. Namun sekiranya anda inginkan tampil lebih bergaya, bolehlah melakukan eksperimen dengan memilih beg yang mempunyai warna tambahan seperti hijau, merah atau kuning. 
Tip 3: Jenis badan anda
Secara asasnya, mereka yang tinggi dan kurus haruslah memilih beg yang bersaiz sederhana dan berbentuk bulat. Manakala mereka yang berbadan gempal, beg yang berbentuk panjang adalah lebih sesuai untuk anda
Sekiranya anda menggunakan beg yang disandang di bahu, titik fokus bagi mereka yang memandang anda ialah tempat di mana beg itu terletak. Contohnya sekiranya beg itu terletak di pinggang, maka bahagian pinggang anda akan lebih kerap diperhatikan. Gunakan fakta ini untuk kelebihan anda. 

No comments: