15 Jan 2014

RESEPI 3: KEK COKLAT KUKUS


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji telur (suhu bilik) 

CARA PENYEDIAAN
  1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
  2. Pukul telur sampai betul-betul kembang (lebih kurang 5 minit) kemudian masukkan Bahan A.
  3. Masukkan esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  4. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit. (tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit.
  5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik atau kertas foil untuk memastikan wap air tidak masuk ke dalam adunan.
  6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.
  7. Siap! Kalau rajin, boleh buatkan topping.

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)

  • 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas 

CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler. 
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair. 
  4. Curahkan 1/2 dari ganache ke atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
  5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
  6. Panaskan kembali lebihan ganache tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.



Post a Comment