31 Dec 2013

RESEPI 1: KEK TEMBIKAI (VERSI RENDAH LEMAK)



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. Tembikai 
(main part: wajib ada) - pemilihan saiz terpulang kepada empunya

2. Yogurt 
(saya guna yang perisa mangga untuk hadirkan rasa masam) - Bergantung kepada saiz tembikai

3. Buah-buahan lain yang dikira sesuai; kiwi dan strawberi. 
(Saya pilih pisang sebab itu saja yang sempat)


CARA MENYEDIAKAN:

1. Potong buah tembikai kepada bentuk yang digemari.

2. Sapukan yogurt di seluruh permukaan tembikai. Perlu dilakukan secara cepat dan cekap sebab buah tembikai ni berair. Mungkin akan menguji kesabaran sikit.

3. Setelah itu, masukkan tembikai yang telah lengkap disaluti yogurt ke dalm bahagian sejukbeku peti ais selama 30 minit.

4. Sementara menunggu yogurt pada tembikai tadi membeku, bolehlah mengisi masa dengan memotong buah-buahan yang lain untuk tujuan hiasan.

5. Apabila anda telah berpuas hati dengan kebekuan yogurt tadi, maka bolehlah dilanjutkan acara menghiasnya. Ikut kreativiti.

6. Boleh potong dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Serius sedap dan menyegarkan. Ergh!

Post a Comment