24 Dec 2013

HoBi BaHaRu

Sekadar mau berkongsi...

Sejak dua menjak ni aku sedar yang aku telah jatuh cinta dengan hobi baharu..
Yeeehaaa! It's baking!!!

Urmmm.. Sejarahnya bermula apabila aku merasa tercabar setiap kali cuba buat kek, mesti gagal. Cubaan demi cubaan membuatkan aku mahu mencuba lagi. Rasa puas bila orang lain "boleh menerima" dan memuji hasil kerja aku. Hehehe.. Jangan hairan kalau lepas ni entry aku semua pasal kek dan makanan.


CUBAAN 1: KEK SARANG SEMUT KUKUS 
CATATAN: Kurang menjadi
CUBAAN 2: KEK COKLAT KUKUS
CATATAN: Ada kemajuan. Kek lembap dan terasa coklatnya.
CUBAAN 3: KEK PELANGI KUKUS
CATATAN: Kalau tutup mata, rasa macam kek cubaan 2 ja.


CUBAAN 4: KEK KEJU + COKLAT KUKUS
CATATAN: Sedap (yakin saja)


Terima kasih En. Mixer.
CATATAN: Hadiah kahwin daripada Cik Noorul Hayati

p/s: Makan untuk hidup. Berat aku naik banyak. Makan banyak. Senaman kurang. Padan muka.

Post a Comment