30 Dec 2013

Kalau Aku Mahu Kaya

Sekadar mau berkongsi...

Assalam.. 


Mau dekat awal tahun ni terbayang-bayang pula bonus yang mendatang. Hihi..

Walaupun kecil jumlahnya, tapi syukurlah daripada tiada langsung.




Oh, ya. Sebut pasal DUIT.

Lain orang, lain prinsipnya tentang duit. 
Ada yang meletakkan kepentingan duit sama seperti oksigen untuk hidup.
Ada yang punya cukup-cukup makan.
Ada yang rungsing walaupun duit banyak. Rungsing macam mana cara mau menghabiskannya.
Ada yang punya duit seperti angin. Singgah di poket sebentar cuma. Entah habis ke mana.

Urmmm... Beginilah kesimpulannya.


Jika gaji kita RM2,000 sebulan tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000 sebulan, ALLAH SWT akan berikan beza RM18,000 itu sama ada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain lain.


Jika gaji kita RM20,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, beza RM18,000 itu ALLAH akan tarik sama ada dalam bentuk kesusahan, kecurian, anak nakal dan seumpamanya.


p/s: Entry akan datang mari cerita pasal jenis-jenis isteri. Ada kaitan dengan duit juga. ;) Insyaallah.
Post a Comment