31 Dec 2013

RESEPI 2: TELUR KUKUS

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. 5 biji telur ayam
2. Sosej (boleh juga digantikan dengan bebola ikan, fishcake dsb) 
3. 1/2 bawang Holland dipotong dadu kecil
3. Garam secukupnya
4. Serbuk lada sulah secukupnya 

CARA PENYEDIAAN:

1. Pecahkan telur ke dalam loyang terpilih dan pukul semahunya.

2. Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukupnya. Pukul lagi.

3. Potong sosej mengikut bentuk yang digemari.

4. Masukkan ke dalam telur tadi bersama bawang.
5. Kukus selama 20-30 minit.

6. Siap!


TIPS:

  • Bagi anda yang suka telur dalam keadaaan separuh masak, boleh kurangkan tempoh mengukusnya ya.
  • Boleh tambahkan serbuk lada hitam/serbuk cili bagi para penggemar pedas.
  • Bagi menambah seri masakan, boleh dihias dengan hirisan cili merah dan daun bawang yang diracik.

p/s: Teringin pula mau test buat cendol pulut. Urmm..

Post a Comment