9 May 2011

Bagai Tauge di dalam Soto

Sekadar mau berkongsi...
"Orang yang suka mengumpat/bergosip/memperihalkan cerita mengenai orang lain, diumpamakan seperti TAUGE. Di mana pun ia akan ada. Di dalam soto, di dalam mi goreng, di dalam sayur, di dalam sup. Ia suka berada di mana-mana untuk mengambil tahu hal orang lain dan menyebarkannya. Maka dengan itu, kita melihat Allah menjadikan TAUGE itu tidak pernah ada yang LURUS."
-Ustaz Das'ad-

Ada pun makna mengumpat ini didefinisikan sebagai suatu tindakan mengatakan sesuatu yang keji, buruk, celaan, kutukan dengan tujuan menodai nama orang tersebut. Walaupun!!! Perkara yang diperkatakan adalah BENAR. Manakala berkata sesuatu yang buruk lagi tidak benar itu adalah FITNAH.

Jadi, kawan-kawan jom kita elak dan selamatkan diri daripada tergolong di dalam golongan TAUGE ini. Susah namun tidak mustahil dan kita wajib usaha.
Kalau ada kawan-kawan buka meja, and starts to talk about anybodyREMEMBER! Itu adalah introduction untuk ke arah sesi PENGUMPATAN.
Tapi..! Kalau you all kuat, berani dan tabah, boleh stay dalam kelompok tersebut dan cakap macam ni: Wei you all... Tidak baguslah mengumpat orang.. Dosa besar. Umpama memakan daging saudara sendiri. (Wah, gituuu) :P

Kenapa perlu tabahBeraniDan kuat? Hal ini adalah kerana you all akan terjebak dan syok join aktiviti tu. Ada pun bila you all berjaya menyatakan ayat tadi (ayat warna kuning di atas), you all may be akan di"pulau". Golongan tauge ini akan cakap you all "poyo", "trip", "macam baik" dan sebagainya. :)

Kesimpulannya, kita perlu bijak dalam bicara. Selamat berjaya!

P/S: Hehehe... Aku pun bukan baik sangat. Selalu juga "ter"umpat orang. Minta maaf semua.

Di sini aku bagi pakej CERAMAH best! >>> 28 DOSA MENGUMPAT

No comments: