10 May 2011

CONFORMITY (apa? kenapa?)

APA?
Conformity adalah suatu jenis pengaruh sosial di mana individu mengubah sikap dan tingkah laku mereka agar sesuai dengan norma sosial yang ada. Seseorang bertingkah laku dengan cara-cara yang dipandang wajar atau dapat diterima oleh kelompok atau masyarakat kita. 




Apa best sangat tentang isu CONFORMITY ni?


Kita sudah terjebak di dalamnya!!! Ada yang secara sedar, ada yang tidak. CONFORMITY selalunya terlaksana secara "tanpa peribadi". Di mana tidak ada pun mana-mana pihak yang mengatakan ini dan itu salah, namun perkara tersebut menjadi kebiasaan. 
CONTOH:
Ketika Maria pergi kuliah dengan memakai T-shirt dan seluar jeans, ada ketidakselesaan dalam dirinya dengan tindakannya tersebut atau mungkin ketidakselesaan datang dari orang lain yang melihat cara Maria berpakaian. Walaupun dalam peraturan kuliahnya tidak ada yang mengharuskan memakai baju rasmi seperti baju kurung, kemeja, namun kerana isu NORMA atau CONFORMITY, timbul ketidakselesaan baik pada diri Maria mahupun orang lain yang berada di sekitarnya. Contoh lain: majlis kenduri-kendara selepas nikah, pemberian duit kepada keluarga mempelai, tip untuk pelayan dan sebagainya.


KENAPA?
Ada 2 alasan utama kita membenarkan kita akur pada isu CONFORMITY iaitu; 
UNTUK DITERIMA dan UNTUK MERASA BENAR


Fikir-fikirkan....


P/S: Aku lebih suka menjadi diri sendiri dan bebas dari pelaziman sebegini.

No comments: