4 May 2011

S.A.B.A.R.

Sekadar mau berkongsi...

Setiap hari semua orang akan menjalani kehidupan masing-masing... Dengan tujuan berbeza, dengan cara berbeza.. Antara sebab kita terus maju & bijak adalah kesabaran yang konsisten walau teruji dengan pelbagai sebab & keadaan...
Tadi aku keluar pergi bank HARIMAU untuk buka akaun baru... Sampai sana ada "lelaki" bagi tau yg kaunter akaun akan buka jam 1.30.. Jadi aku pun mengambil keputusan untuk bersabar dan pergi makan dulu...
Tepat jam 1.30 aku serah borang & salinan IC pada "lelaki" tu.. Aku pun duduklah dengan sabar menanti..
Masuk jam kedua menunggu, aku mula rasa TERUJI... Ulang sekali lagi, rasa TERUJI..
Aku pun bangunlah ke kaunter pertanyaan..
"Mana borang saya? Dalam proses ka? Hampir 2 jam sudah saya tunggu ni..."
"Lelaki" tu senyum lantas menjawab: "Iya kan. Lama pula sudah tu. Cuba kamu tengok di saaaana. Macam ada borang kamu ampai-ampai."
Hihihi... Canteekkk!!! Borang aku kena letak tepi meja saja! Pergh..... TERUJI wei...
Aku pun bangunlah ke kaunter 3 utk "memotivasikan" si "perempuan" yang bertugas...
AKU BUKAN ARTIS TAPI AKU MANUSIA. TIDAK PERLU LAYAN BAIK SANGAT. TAPI CUKUPLAH HORMAT HAK AKU SEBAGAI PELANGGAN.
Okey, cukup. Apa pun, aku maafkan semua yang terlibat. Pergh....!

Semoga bank yg terbabit dapat meningkatkan mutu perkhidmatan...

P/S: Jangan buat macam ni dekat org lain. Mungkin mereka tidak cukup SABAR macam AKU YANG BUKAN ARTIS ni...

No comments: